Friday 27 July 2012

Objektif , Misi & visi serta Moto dan Cogan Kata KRS.




Objektif Penubuhan KRS

• Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
• Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

• Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.

• Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.• Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.

• Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara

• Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


Misi dan 
visi KRS

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak muliah, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat  wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan wawasan 2020.


Moto & Cogan Kata KRS

' Ilmu, Iman , Amal'

Ilmu: Asas keintelektuan dan ketrampilan ahli KRS.
Iman: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
Amal: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektuan dan displin diri

No comments:

Post a Comment